Vaksin Oral untuk Penyakit Streptococcosis dalam Ikan (MY-191398-A)
Vaksin daripada pencilan bakteria tempatan yang dicampur dalam makanan ikan untuk mencegah penyakit Streptococcosis dalam ikan. Vaksin ini dinamakan StrepToVax.
Masalah yang hendak diatasi
Streptococcosis adalah penyakit ikan yang endemik di Malaysia dan selalunya menjangkiti ikan tilapia. Jangkitan yang serius boleh mengakibatkan sehingga 60% kematian atau lebih. Kaedah kawalan utama adalah pemberian vaksin. Majoriti vaksin yang ada di pasaran adalah dalam bentuk suntikan. Proses suntikan adalah rumit dan memerlukan tenaga buruh yang ramai dan memberi tekanan kepada ikan.
Manfaat
Lebih murah daripada vaksin komersil;
Lebih khusus untuk jangkitan dan persekitaran di Malaysia;
Ikan tidak tertekan;
Keputusan daripada ujian lapangan menunjukkan StreptoVax boleh memberi perlindungan dalam tempoh 4 bulan pertama dengan kadar kemandirian 75–80%.
Inventor
Dr. Siti Zahrah, Dr. Md. Sabri Mohd Yusoff (UPM), Dr. Mohd Firdaus Nawi, (UIAM), Prof. Dr. Mohd Zamri Saad (UPM), En. Hanan Mohd Yusoff, En. Zulkafli Abd Rashid.
Nisbah pemilikan
50% FRI, Jabatan Perikanan Malaysia: 30% Universiti Putra Malaysia: 20% National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM)
Anugerah yang dimenangi
Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015 - (Pingat Emas).
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En. Mohd Syafiq Mohammad Ridzuan dan Dr. Azila Abdullah
National Fish Health Research Division (NaFisH), Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), 11960 Batu Maung, Pulau Pinang.