PUSAT PENYELIDIKAN TAMAN LAUT NEGARA

PUSAT PENYELIDIKAN TAMAN LAUT NEGARA

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara (PPTLN) ditubuhkan pada 1 Oktober 2019. Ia merupakan pusat terbaharu di bawah IPP, yang ditubuhkan bagi menyahut hasrat Jabatan Perikanan (DoF) untuk membangunkan sebuah institusi penyelidikan Taman Laut di peringkat Nasional. Objektif penubuhannya adalah (i) untuk menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan terfokus berasaskan sumber marin di kawasan Taman Laut, dan (ii) untuk menjadi pusat penyelaras penyelidikan berkaitan pembangunan Taman Laut untuk pengurusan dan pemuliharaan khazanah lautnya.

 

PPTLN mempunyai tiga (3) orang Pegawai Penyelidik dan dibantu oleh dua (2) orang kakitangan pelaksana. Mendapat peruntukan R&D daripada waran pembangunan Ibu Pejabat Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan, serta peruntukan agensi luar seperti “The National Conservation Trust Fund for Natural Resources (NCTF)”. PPTLN telah menjalankan kerjasama strategik dengan dengan rakan strategik perikanan (operator resort dan Institusi Pengajian Tempatan) seperti Borneo Divers Resort, Sabah; Alunan Resort, Terengganu; The Datai Resort, Kedah, serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi; Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok; dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis.

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9

Skop
Penyelidikan
Utama

Status kesihatan terumbu karang.

Inventori spesies karang, ikan terumbu dan invertebrata marin terpilih.

Biojisim dan kepadatan ikan terumbu.

Status stok dan populasi gamat.

Pembangunan induk ikan inggu.

Rehabilitasi karang menggunakan myDoF Coral Tripod.

Kemudahan / Fasiliti

  • Makmal PPTLN.
  • Bilik SCUBA.
  • Peralatan menyelam dan survei bawah air.

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Status kesihatan terumbu karang di Kepulauan Mersing, Johor (2022); Taman Laut Pulau Payar, Kedah (2020-21); Kepulauan Sembilan, Perak (2020); dan Pulau Anak Datai, Langkawi (2019).

Usaha penggazetan Kepulauan Sembilan, Perak sebagai MPA baharu.

Cadangan had jumlah pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar, Kedah.

Pemindahan teknologi kultur dan propagasi karang.

Penghasilan 1 paten – Apparatus for coral cultivation (PI2019007467).
Penghasilan 3 hak cipta –

  • Coral propagation using rapid setting cement-based mortars as a substrate (CRLY2021P04201).
  • Sistem kanister mudah alih kuda laut (SeaPonieS) (CRLY2022W05144).
  • My ClownBeeS – Clownfish Breeding Substrate (CRLY2023W06205).

Satu (1) pengkomersialan buku Karang: Kultur dan pembiakan, terbitan DBP. Tersenarai sebagai “50 Best Malaysian Titles for International Rights 2021/2022” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tiga (3) resort dijadikan rakan strategik perikanan.

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.