Pusat Penyelidikan Kesihatan Ikan Kebangsaan atau National Fish Health Research Centre (NaFisH) terletak di Batu Maung, Pulau Pinang. Sebelum NaFisH memperolehi bangunan sendiri pada tahun 2002, aktiviti penyelidikan kesihatan ikan dilaksanakan oleh unit Kesihatan Ikan di bawah Cawangan Akuakultur, IPP. Dengan penubuhan bangunan pusat serta sokongan perjawatan baharu NaFisH telah dapat meningkatkan lagi aktiviti R&D berkaitan pengurusan kesihatan ikan di Malaysia. Selain itu, NaFisH juga mula menerima dana R&D melalui peruntukan pembangunan rancangan Malaysia (8, 9, 10, 11 dan 12). Selain itu, peruntukan luar daripada MOSTI (IRPA, e-Science Fund, dan dana antarabangsa (JIRCAS) juga telah di perolehi.
Objektif utama penubuhan NaFisH adalah untuk menjalankan R&D kesihatan ikan. Pada masa ini NaFisH dianggotai oleh tujuh (7) orang pegawai penyelidik dan dibantu oleh 11 kakitangan teknikal serta lapan (8) orang kakitangan kontrak (MySteP) bagi melancarkan kerja-kerja R&D di makmal serta di lapangan. Bagi memaksimumkan pencapaian R&D, NaFisH banyak bekerjasama dengan pihak luar terutamanya IPTA (IIUM, UMT, UPM, UMK & UUM), agensi tempatan (NIBM), badan antarabangsa (WorldFisH) serta pihak swasta termasuk penternak akuakultur. Pendekatan ini banyak membantu NaFisH dalam meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang dinamik ini.

Faktor Risiko Kejadian Penyakit Berkepentingan Ekonomi Di Lapangan.

Kaedah Pencegahan/Kawalan Penyakit Akuakultur.

Rawatan Alternatif Akuakultur.


Pembangunan lapan (8) maklumat epizootiologi bagi Streptococcus, TiLV, VNN, CCV, AHPND, EHP, Caligus, P. olseni.

Pembangunan tiga (3) jenis vaksin (vaksin untuk penyakit streptococcosis dan 2 terhadap vibriosis).

Penghasilan sebelas (11) inovasi (StrepToVax, SirehMAX, Break and Protect (BP2), EO Cin, GARLEX, Leech guard, Manual PKD, KRIPeK, SHOS-Spotter, Streptokit, calon vaksin VNN) dihasilkan dan lapan (8) inovasi didaftarkan sebagai harta intelek.

Penganjuran simposium antarabangsa the 11th Diseases in Asian Aquaculture, 2022, Kuching Sarawak.

Memenangi anugerah berprestij Commonwealth Secretary-General’s Innovation for Sustainable Development Awards 2021 dengan hadiah £3000.