Pusat Inovasi, Promosi dan Pengkomersilan (InProKom) diwujudkan sekitar tahun 2009. Ini berikutan dengan misi IPP untuk mula memberi fokus kepada inovasi dan pengkomersilan selari dengan aspirasi Kerajaan seperti yang digariskan dalam Dasar Pengkomersilan Harta Intelek (IP) Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Yang Dibiayai Oleh Kerajaan (2009). Di awal penubuhan Inprokom, tumpuan aktiviti utama adalah membangunkan SOP untuk pendaftaran harta intelek dan menjalankan promosi hasil R&D. Bermula tahun 2017, aktiviti pengkomersilan mula diberi perhatian dengan pembangunan SOP, penyediaan format dokumen perjanjian dan cadangan pindaan akaun tabung wang Amanah IPP untuk menerima hasilan daripada aktiviti pengkomersilan.
Pusat Inprokom dianggotai oleh tiga (3) orang pegawai penyelidik, 1 pegawai Perpustakaan dan empat kakitangan pelaksana.

Pendaftaran harta intelek inovasi dan produk R&D.

Promosi teknologi, inovasi dan produk R&D IPP termasuk menyertai pertandingan dan pameran inovasi.

Penyelarasan penerbitan buku-buku IPP.

Penyelarasan kerjasama R&D IPP serta aktiviti pengkomersilan dengan pihak luar.

Mendaftarkan lebih 50 harta intelek IPP.

Mengkomersilkan produk R&D IPP yang pertama iaitu Break and Protect 2 pada tahun 2019.

Membantu dalam penerbitan lebih 50 judul buku.

Menyelaras penyertaan harta intelek IPP dalam pertandingan inovasi (Malaysia Technology Expo, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, Malaysia Innovates, Malaysia Commercialization Year) dan pameran (MAHA, HPPNK dsb).