Harta Intelek Untuk Dikomersilkan

Premiks Makanan Haiwan Akuatik (UI2020001983)

GrowEZmix

Pra-campuran segera makanan ikan yang boleh membantu penternak menyediakan pelet ikan buatan ladang sendiri. Formulasi ini diberi nama GrowEZmix.

Harta Intelek

Masalah yang hendak diatasi

Memandangkan pelet komersial di pasaran semakin mahal, kebanyakan petani tempatan beralih menggunakan makanan ikan buatan ladang. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran untuk menghasilkan pelet keluaran ladang sendiri secara konvensional. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kemahiran asas dalam merumuskan makanan ikan yang seimbang daripada segi nutrisi. Di samping itu, kos mendapatkan bahan makanan di pasaran runcit juga tinggi.
Harta Intelek

Manfaat

  • Menjimatkan kos sehingga 15%, kerana produk dihasilkan dalam skala besar oleh pengeluar makanan tempatan;
  • Mudah dan cepat diproses kerana tidak perlu merumus, mengisar atau menimbang bahan mentah;
  • Formulasi fleksibel. Terdapat pilihan untuk premix protein kasar 28%, 30%, 32%, 38% tanpa bahan terlarang;
  • Tidak perlu kemahiran formulasi makanan. Hanya campurkan dengan minyak dan air;
  • Boleh diproses terus dengan mesin penyemperit;
  • Pelet yang telah siap boleh terus disuap kepada ikan tanpa perlu dikeringkan. Tiada pengeringan ketuhar diperlukan;
  • Boleh disimpan pada suhu bilik selepas proses;
  • Tempoh 2 hari penggunaan.
Harta Intelek

Inventor

En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf, En. Hanan Mohd Yusof dan Dr. Ahmad Daud Om.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.

Emel: suhaimee@dof.gov.my

No.telefon: 604-4374021

Faks: 604-4374470

Inovasi dan Harta Intelek

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.