NutriKarp Aquafeed – Formulasi Makanan Pematangan Ikan Kelah (UI2019006209)
Fomulasi makanan kematangan khusus untuk ikan kap menggunakan bahan alternatif yang lebih diterima dan lebih murah. Formulasi ini dinamakan NutriKarp Aquafeed.
Masalah yang hendak diatasi
Pada masa ini, tiada diet khusus untuk induk ikan air tawar di pasaran. Pengusaha hatceri kesemuanya menggunakan makanan komersial untuk ternakan yang tidak menepati keperluan zat pemakanan induk yang optimum bagi tujuan perkembangan gonad dan benih yang berkualiti. Selain itu, bahan aditif di dalam diet komersial bagi tujuan menggalakan kematangan induk ikan seperti asid arakidonik (ARA) adalah mahal dan biasanya daripada sumber yang tidak bersih seperti hati khinzir.
Manfaat
Formulasi tempatan;
Penggunaan bahan mentah ARA yang lebih murah berbanding ekstrak alga Schizochymtrium sp.;
Menggunakan sumber alternatif daripada sumber khinzir;
Mempercepatkan kadar tumbesaran ikan kelah/empurau.
Inventor
En Hanan Mohd Yusof dan En. Muhamad Zudaidy bin Jaapar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En. Hanan Mohd Yusof
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, 71650, Titi,Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia