Pulau Layang-Layang yang terletak kira-kira 270 km dari Labuan dan 280 km dari Sabah merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Marine Research Station Pulau Layang Layang atau singkatannya MARSAL telah dibuka oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada tahun 2004 bagi menjalankan kajian saintifik dan pemantauan ekosistem di sekitar Gugusan Semarang Peninjau dan diletakkan di bawah pengurusan IPP Bintawa.

Kajian taburan karang, kerang gergasi, spesies terancam di Gugusan Semarang Peninjau.

Kajian karang laut dengan melihat kadar tumbesaran.

Memperluaskan taburan karang keras di seluruh lagun Pulau Layang Layang.
