M-SPEX – Mesin penghasilan pellet ikan peringkat ladang (CRLY00028242)
Mesin ekstruder satu fasa mampu milik yang boleh digunakan oleh penternak ikan berskala kecil untuk menghasilkan makanan pelet terapung untuk akuakultur.
Masalah yang hendak diatasi
Secara umum kos pelet komersial di pasaran semakin meningkat. Penternak ikan skala kecil dan sederhana tidak sanggup menanggung beban harga makanan dan memilih untuk menghasilkan pelet buatan ladang yang timbul untuk memudahkan pengurusan makanan. Namun, kebanyakan penternak tiada latarbelakang bidang elektrik dan kejuruteraan mesin. Hanya mesin ekstruder sahaja yang sesuai untuk menghasilkan pelet timbul. Namun, mesin ekstruder pelet sedia ada di pasaran beroperasi dengan bekalan elektrik tiga fasa (three-phase), 415 volt. Manakala kawasan kolam dan sangkar terletak di pedalaman hanya mempunyai bekalan kuasa satu fasa, 240 volt sahaja dan akan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk pendawaian tiga fasa. Penyelidikan oleh FRI, DOF melalui khidmat nasihat Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah dapat membangunkan prototaip ekstruder untuk menghasilkan pelet timbul namun teknologi inverter 1-fasa hanya berfungsi menggerakkan prototaip mesin namun tidak berkeupayaan menujah premiks melalui prototaip mesin melainkan masih bergantung kepada bekalan 3-fasa. Oleh yang demikian, penyelidikan FRI, DOF dengan menggunakan kapasitor dan panel kawalan elektrik teknologi baru mampu menghasilkan pelet timbul daripada premiks yang dimasukkan melalui mesin MSPEX menggunakan bekalan elektrik 1-fasa.
Manfaat
Lebih padat dan mudah digunakan;
Menggunakan bekalan kuasa 1-fasa;
Menjimatkan sehingga lebih 40% berbandiing mesin dengan bekalan kuasa 3-fasa;
Keselamatan pekerja lebih terjamin kerana tidak perlu menghidupkan motor semasa mencuci dan membersih mesin MSPEX. Pekerja hanya perlu menarik keluar skrew dan membersihkannya menggunakan scrapper plastik.
Inventor
En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf, En. Hanan Mohd Yusof, Dr. Ahmad Daud Om.
Anugerah yang dimenangi
Malaysia Technology Expo (MTE 2022) - Pingat Emas
Anugerah Khas daripada Chinese Innovation and Invention Society (CIIS), Taiwan bagi Kategori Public Service Innovation Awards.
slide2
slide3
slide4
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.