INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN RANTAU ABANG

IPP RANTAU ABANG

Pengenalan

Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (IPP RA) atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin atau Turtle and Marine Ecosystem Centre (TUMEC) dibina sekitar tahun 2001. IPP RA terletak di daerah Dungun, Terengganu berhadapan pantai Rantau Abang, yang terkenal sebagai antara lokasi pendaratan Penyu Belimbing utama di Pantai Timur suatu ketika dahulu.

 

Objektif penubuhan IPP RA adalah bertujuan untuk menjalankan R&D penyu dan spesies mamalia marin terancam bagi menghasilkan data dan maklumat saintifik yang boleh membantu perumusan dasar dan strategi pemeliharaan dan pemuliharaan penyu dan spesies mamalia marin terancam di Malaysia. Penyu dan spesies mamalia marin terancam adalah dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985; peraturan-peraturan Perikanan pengawalan spesies ikan marin terancam (pindaan) 2008. Selain itu, IPP RA juga bertanggungjawab sebagai Pusat Rujukan Menyelamat Penyu dan Spesies Terancam Malaysia di samping turut terlibat dalam program-program pemuliharaan menerusi pendidikan, kesedaran awam, latihan dan khidmat teknikal.

 

IPP RA dianggotai oleh empat (4) orang Pegawai Penyelidik 17 kakitangan sokongan teknikal dan pentadbiran. Di dalam RMK-12, IPP RA menerima dana untuk menjalankan R&D daripada Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan (BKOPP), Jabatan Perikanan Malaysia. IPP RA juga mempunyai jalinan kerjasama R&D dengan IPTA (UIAM dan UMT) serta NGO (WWF Malaysia, Marine Research Foundation (MRF), MareCet dan Lang Tengah Turtle Watch (LTTW)).

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9
slide10
slide11

Skop Penyelidikan Utama

Penyelidikan spesies penyu dan spesies marin terancam.

Penyelidikan konservasi ekosistem marin.

Penyiasatan kerja-kerja menyelamat penyu dan spesies marin terancam.

Kemudahan / Fasiliti

  • Galeri spesies marin terancam.
  • Auditorium.
  • Hatceri penyu.
  • Kolam menyelamat spesies marin terancam.
  • Makmal nekropsi penyu dan mamalia marin.
  • Perpustakaan.
  • Makmal histologi.

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Penentuan lokasi untuk pewartaan santuari dugong di Pulau Sibu, Mersing, Johor.

Pendekatan baharu dalam penentuan kesihatan penyu melalui analisis darah.

Inisiatif perluasan penggunaan Turtle Excluder Device (TED) di Zon B.

Penambahan maklumat migrasi penyu melalui penggunaan satelit.

Penghasilan inovasi S-TED yang telah didaftarkan sebagai harta intelek.

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.