INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN PULAU SAYAK

IPP PULAU SAYAK

Pengenalan

Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Sayak (IPPPS) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) terletak di Kampung Pulau Sayak, Kedah, merupakan salah satu cawangan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia. Institut ini telah dibina pada tahun 1986 dengan bantuan kewangan dan teknikal Kerajaan Jepun melalui projek Japan International Cooperation Agency (JICA), melibatkan kos pembinaan RM25 juta. Institut ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1987 dengan objektif asal seperti berikut:-

  • Membangun dan mengemaskini teknologi pembenihan udang yang berpotensi diternak.
  • Menjalankan pengeluaran benih udang dengan teknologi yang terbukti berkesan secara besar-besaran untuk menampung keperluan benih udang /ikan bagi penternak kecil dan pelepasan di perairan umum.
  • Menjalankan program latihan dalam bidang akuakultur air payau untuk menjamin pemindahan teknologi yang lebih berkesan kepada kumpulan sasaran termasuk penternak, kakitangan pengembangan Jabatan dan pelajar universiti.

 

Pada masa ini, IPPPS mempunyai seramai lapan orang pegawai penyelidik dan 41 kakitangan sokongan. Manakala aktiviti penyelidikan di IPPPS dibahagikan kepada beberapa cawangan iaitu Cawangan Khidmat Pengurusan (bukan teknikal) dan cawangan-cawangan teknikal iaitu Cawangan Krustasea, Cawangan Sumber Baharu, Cawangan Makanan dan Khidmat Teknikal serta Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL).

 

Peruntukan utama untuk penyelidikan yang dijalankan di IPPPS diterima daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

 

Di samping itu, terdapat juga projek-projek kerjasama penyelidikan dengan agensi lain termasuk MARDI, universiti, syarikat swasta dan pengusaha tempatan sebagai rakan strategik dalam kajian.

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9
slide10
slide11
slide12
slide13

Skop
Penyelidikan
Utama

Pembangunan baka, pembenihan dan pengeluaran benih udang harimau (Penaeus monodon).

Pembangunan baka, pembenihan dan pengeluaran benih udang galah (Macrobrachium rosenbergii).

Pembangunan formulasi dan teknologi makanan ikan/udang.

Pembangunan ternakan latok.

Pembangunan teknologi makanan hidup (Fotobioreaktor).

Pembenihan dan ternakan tiram.

Pembangunan pembenihan dan asuhan gamat.

Penyelidikan ternakan ikan marin.

Penyelidikan pembenihan dan ternakan gamat / timun laut (Holothuria sp. & Stichopus sp.).

Penyelidikan pembenihan rumpai laut melalui teknologi tisu kultur (Kappaphycus sp. & Caulerpa sp.).

Kemudahan / Fasiliti

      • Hatceri udang laut.
      • Hatceri udang galah.
      • Hatceri Moluska.
      • Hatceri gamat.
      • Makmal makanan.
      • Makmal fotobioreaktor.
      • Makmal alga tulen.
      • Makmal diagnosa.
      • Makmal kualiti air.
      • Makmal tisu kultur rumpai laut.
      • Hatcheri Gamat (PPL).
      • Makmal tisu kultur rumpai laut (PPL).
      • Makmal kualiti air (PPL).
      • Kolam konkrit asuhan / kajian berkapasiti 100 tan (PPL).
      • Kolam tanah (PDTAP Ban Merbok, Kedah).
      • Bengkel pemprosesan makanan rumusan.
      • Bangunan latihan beserta asrama.

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Pembangunan induk udang galah, Macrobrachium rosenbergii sehingga generasi ke 6 (G6) dengan prestasi tumbesaran yang baik serta bebas penyakit spesifik (MrNV).

Manual pembiakan dan ternakan larva udang kaki merah Fenneropenaeus merguiensis.

Pembangunan formulasi makanan ternakan udang putih, Litopenaeus vannamei menggunakan bahan ramuan alternatif seperti tepung bulu ayam yang dihidrolisis untuk menggantikan tepung ikan.

Pembangunan makanan basah induk udang yang bebas penyakit berjenama PrimEZeat.

Pembangunan mesin ekstruder teknologi baharu skala ladang MSPEX bagi menghasilkan pelet timbul pada kadar 400kg/hari menggunakan bekalan kuasa single-phase (1-fasa).

Pembangunan fotobioreaktor bagi menghasilkan ternakan Nannochloropsis, Chlorella, Isochrysis, Chaetoceros dan Rhodomonas, melalui kaedah flokulasi digunakan untuk kajian kematangan dan kajian penyakit induk udang harimau.

Pembangunan enam kohort baka calon induk udang harimau melalui selective breeding bagi menghasilkan F1 dan F2.

Kaedah ternakan Latok dalam tangki.

SOP pengangkutan udang tanpa air.

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.