INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN KAMPUNG ACHEH

IPP KAMPUNG ACHEH

Pengenalan

Di dalam RMK-9 hasrat bahagian pengurusan Institut Penyelidikan Perikanan untuk menubuhkan pusat-pusat kecemerlangan (Center of Excellence) untuk setiap bidang penyelidikan perikanan khususnya perikanan tangkapan. Melalui hasrat ini, penubuhan IPP Kampung Acheh (IPP KA) di Sitiawan, Perak telah direalisasikan pada tahun 2007 dan pada waktu itu dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Ekosistem Akuatik atau Aquatic Ecosystem Research Centre (AEReC). Pada tahun 2023, IPP KA mempunyai anggota kerja yang terdiri daripada 36 orang pegawai yang terdiri daripada 12 orang Pegawai Penyelidik serta 24 orang kakitangan sokongan teknikal dan pentadbiran.

 

Di dalam RMK-12, IPP KA menerima peruntukan R&D yang disalurkan daripada Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan (BSPT) dan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Sumber (BKOPP), Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia. Selain itu, terdapat juga beberapa kerjasama R&D dengan agensi luar (USM, MARDI).

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9
slide10
slide11
slide12
slide13
slide14

Skop
Penyelidikan
Utama

Sumber anak udang karang (Panulirus spp.) di perairan Pontian, Johor Barat.

Pentaksiran sumber ikan komersial melalui kaedah data biologi.

Penentuan komposisi ikan baja daripada tangkapan pukat tunda dan pukat jerut.

Sumber dan biologi Tuna neritik di Semenanjung Malaysia.

Sumber dan pendaratan Tuna oseanik di WP Labuan dan Sabah.

Status sumber juvenil kerapu di Johor Timur.

Penentuan spesifikasi lampu MPPI dan lampu bawah air.

Pemetaan kerang-kerangan di perairan Melaka.

Penentuan spesifikasi dan keberkesanan pukat hanyut.

Penentuan status pentaksiran sumber perikanan marin.

Pengumpulan maklumat pendaratan untuk penentuan kuota lesen untuk zon C2.

Pengancaman species ikan bilis dan penentuan musim dan kawasan bertelur bilis di Pantai Barat, Semanjung Malaysia.

Pembangunan spesifikasi lampu bawah air dalam dan kesannya terhadap pendaratan ikan serta sumber perikanan pantai (Langkawi).

Kemudahan / Fasiliti

  • Kapal Penyelidikan: KK SENANGIN II.
  • Makmal Oseanografi.
  • Makmal Basah.
  • Makmal Biologi.
  • Makmal Serbaguna.
  • Kabin Repositori Sampel Ikan Awet.
  • Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar, Bilik Perbincangan, Perpustakaan.
  • Lampu bawah air LED yang mempunyai 3 warna dan setiap satu warna lampu berkuasa 600W.

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Pelaksanaan Musim Tertutup (Close Season) bagi Penangkapan Ikan Bilis Bagi pengusaha Bot Pukat Jerut Bilis di Pulau Langkawi, Kedah pada bulan September setiap tahun bermula tahun 2020.

Pelaksanaan Kawasan Tertutup (Close Area) bagi Penangkapan Ikan Bilis Bagi pengusaha Bot Pukat Jerut Bilis di Tanjung Dawai, Kedah pada bulan September setiap tahun bermula tahun 2020.

Penubuhan Refugia Perikanan Udang Karang di Tanjung Leman, Johor Timur.

Rekabentuk bubu yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pukat tunda Zon B.

Penilaian Pukat Pertengahan Air sebagai alternatif kepada Pukat Tunda Dasar.

Penguatkuasaan peraturan baharu berkenaan penggunaan bubu tidak boleh melebihi 2 injap hasil kajian spesifikasi peralatan bubu.

Verifikasi pengecaman spesies bilis mata biru sebagai Encrasicholina heteroloba menggunakan kaedah molekular.

Penentuan stok ikan aya kurik di perairan Malaysia menggunakan kaedah molekular.

Penerbitan dua buah buku rujukan utama iaitu:

  • Status Stok Ikan Marin di Kawasan Pengurusan Perikanan Semenanjung Malaysia 2021.
  • Kompilasi Status Stok Ikan Marin di Perairan Malaysia 2020-2021.

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.