INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN GELANG PATAH

IPP GELANG PATAH

Pengenalan

Institut Penyelidikan Akuakultur Air Payau (IPP Gelang Patah (IPP GP)) dahulunya dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Akuakultur Air Payau (PPIAP) atau Brackish Water Aquaculture Research Centre (BARC). Ia mula beroperasi sejak tahun 1978 dengan operasi awal dilaksanakan menggunakan sistem intertidal ke setiap kolam di Fasa I. Setelah beberapa tahun beroperasi, institut ini ditambahbaik dengan fasiliti yang lebih moden moden untuk memperkasakan R&D akuakultur air payau bermula dalam RMK-7 (Fasa II).

 

Objektif penubuhan IPP GP adalah untuk: –

  • Menjalankan R&D dalam teknologi akuakultur air payau (ternakan dan asuhan).
  • Menjalankan R&D baka induk udang laut (BMC).
  • Menjalankan kajian ternakan kerang dan siput sudu.
  • Memberikan khidmat teknikal, pemindahan teknologi dan hebahan hasil penyelidikan kepada kumpulan sasar.

 

IPP GP mempunyai 4 cawangan utama (Cawangan Ternakan, Cawangan Pembakaan Udang/Ikan, Cawangan Kerang-kerangan, Cawangan Kesihatan Udang/Ikan dan Kualiti Air) dan dianggotai tujuh (7) orang Pegawai Penyelidik dan 23 orang kakitangan sokongan teknikal dan pentadbiran.

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9
slide10
slide11
slide12

Skop
Penyelidikan
Utama

Ternakan udang putih (Penaeus vannamei) super-intensif.

R&D pembangunan baka ikan marin dan udang.

Asuhan dan ternakan ikan laut.

Pengurusan sumber kerang mampan di perairan Johor.

Penilaian status kualiti air sekitar Johor.

Pembangunan Sistem Depurasi Kerang.

Kemudahan / Fasiliti

  • Kompleks kolam fasa 1 (32 buah kolam pelbagai saiz).
  • Kompleks kolam fasa 2 (17 buah kolam pelbagai saiz dan bentuk dan tangki).
  • Makmal diagnostik penyakit udang.
  • Makmal kualiti air.
  • Bengkel.
  • Asrama.

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Pembangunan teknologi ternakan udang putih (Penaeus vannamei) superintensif antara 200-400 ekor/m2 dengan pengeluaran sehingga 40-50 tan metrik/ha/pusingan.

Pembangunan teknologi ternakan udang putih super intensif dalam tangki kecil (0.001 – 0.01 ha).

Pembangunan kaedah ternakan polikultur udang putih (Penaeus vannamei) dan udang galah Macrobrachium rosenbergii dalam kolam tanah air payau.

Pembangunan kaedah ternakan kerang dalam kolam dengan 75 peratus kemandirian.

Penghasilan 9 inovasi perikanan yang telah didaftarkan sebagai harta intelek (SitroPro®, Ergo Cockle Harvester (ECH), Hydro cockle Sorter (HCS), penapis biologi daripada kulit kerang (Biomedia), Cockles Sorter kit, Cockle Spat Sorter, kaedah ternakan udang super-intensif, sistem pintar pengesanan oksigen terlarut dan pengawalan paddle wheel di dalam kolam, sistem automasi dan IOT untuk pengesanan kualiti air dalam tangki).

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.