Pada tahun 1965, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) untuk membangunkan dan menguruskan perikanan laut serta air payau di Sarawak. Cawangan penyelidikan di bawah JPLS ini bertanggungjawab untuk menjalankan R&D strategik dalam sumber perikanan dan teknologi tangkapan bagi menyokong pembangunan pengurusan perikanan di Sarawak. Pada tahun 1980, aktiviti R&D telah diperluaskan merangkumi sektor akuakultur untuk memperkasa pembangunan akuakultur di kawasan yang berpotensi di Sarawak. Pada tahun 1995, Cawangan Penyelidikan ini bertukar seliaan dari JPLS ke Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia dengan nama baharunya Institut Penyelidikan Perikanan Wilayah Sarawak dan Labuan (atau IPP Bintawa (IPP B). Objektif IPP B adalah :
Pada masa kini, ada 4 cawangan utama di IPP B, iaitu Cawangan Akuakultur, Cawangan Ekosistem, Cawangan Kualiti dan Keselamatan Makanan dan Cawangan Sumber. Selain daripada berpusat di Bintawa, IPP B ini juga turut mengurus Marine Research Station Pulau Layang Layang atau singkatannya MARSAL dan juga Institut Penyelidikan Perikanan Santubong (IPPS). MARSAL telah dibuka oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada tahun 2004 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan kajian saintifik mengenai ekosistem di sekitar Gugusan Semarang Peninjau manakala IPPS ini dibuka pada tahun 2010 untuk memperkasakan penyelidikan akuakultur di Sarawak. Pada tahun 2023, jumlah tenaga kerja di IPPBS ini adalah terdiri daripada 10 orang pegawai penyelidik dan 46 orang kakitangan sokongan. Di dalam RMK-12, sejumlah RM16 juta telah diterima untuk menjalankan R&D di Sarawak dan Labuan.

Pengurusan sumber perikanan marin di Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

Pembangunan taman karang (Coral Garden) di lagun Pulau Layang-Layang.

Penentuan taburan karang dan kima di Pulau Layang-Layang.

Pembangunan baka induk, pembenihan dan sistem ternakan udang galah.

Pengawalan kesihatan ikan/udang di dalam akuakultur.


Dokumentasi potensi sumber perikanan terkini Sarawak.

Kapasiti dan status sumber perikanan termasuk tuna oseanik di perairan Sarawak telah dapat ditentukan.

Penggunaan maklumat status sumber perikanan di tukun tiruan dalam menggubal Pelan Pengurusan Perikanan di perairan Sarawak.

Potensi sumber perikanan terkini untuk 13 spesies komersial telah dianalisis dan ditentukan eksploitasi sumber dan musim peneluran.

Pewujudan dan pewartaan refugia udang harimau (Penaeus monodon) di Kuala Baram, Miri, Sarawak iaitu peraturan penutupan kawasan tangkapan udang harimau selama 3 bulan (Ogos hingga Oktober) setiap tahun telah dimasukkan dalam syarat lesen dan telah bermula pada tahun 2023.

Penyediaan dokumentasi dan data-data bagi tujuan pewartaan Pulau Layang Layang.

Mendapat pengiktiraran Malaysia Book Of Record yang pertama dalam kategori First Suspended Technique Coral Planting, 21 – 25 Jun 2019.

Penghasilan taman karang seluas 1 hektar dengan 8 rekabentuk propagasi karang iaitu Tukun Bebola (Reefball), A Frame, Tukun Kerangka (Coral Frame), Menggunakan tali, Versatile Fencing, Tukun Tangki, Tukun BRC, dan Tukun Kerangka Besi Scaffolding di Pulau Layang-Layang.

Pengurangan masa dan kos untuk pengesanan tahap kesihatan ternakan akuakultur -melalui automasi kaedah pembacaan slaid histologi daripada kaedah subjektif kepada kuantitatif.