Harta Intelek Untuk Dikomersilkan

EcoCIM Feed – Formulasi Makanan Ikan Berasaskan Tepung Usus Ayam (MY-179558-A)

Arowana Sense Kit

Formulasi makanan ikan keli yang berasaskan sisa daripada industri pemprosesan ayam khususnya usus ayam (yang dijadikan tepung). Formulasi ini dinamakan EcoCIM Feed.

Harta Intelek

Masalah yang hendak diatasi

Kenaikan harga tepung ikan yang merupakan sumber utama protein dalam formulasi makanan ikan memberi kesan langsung kepada kos operasi akuakultur. Dianggarkan 40-60% daripada kos pengeluaran ikan adalah daripada makanan ikan. Hampir semua bahan mentah utama dalam makanan ikan seperti tepung ikan, tepung kacang soya dan jagung diimport. Pada 2015, makanan haiwan menyumbang 30% (RM5.6 billion) daripada defisit import agro makanan negara. Penternak banyak menggunakan perut ayam segar yang tidak bersih dan boleh merosakkan alam sekitar.
Harta Intelek

Manfaat

  • Bekalan yang banyak boleh diperolehi daripada industri pemprosesan ayam;
  • Mesra alam sekitar, tidak mencemarkan air ternakan;
  • Lebih murah daripada penggunaan usus ayam segar;
  • Tiada kekotoran/bahan tidak bersih;
  • Mudah digunakan dan disimpan berbanding usus ayam segar.
Harta Intelek

Inventor

En. Hanan Mohd Yusof dan Tn. Hj. Rosly b. Hassan
Harta Intelek

Anugerah yang dimenangi

  1. Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015-Pingat Perak.
  2. Halal Hi-Tech Challenge 2016 (Anjuran Agensi Inovasi Malaysia) 2016-Dana pengkomersialan RM 800,000.00.


Anugerah Ecocim feed

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En. Hanan Mohd Yusof
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, 71650, Titi,Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Emel: hanan@dof.gov.my

No.telefon: 606-613 3000

Faks: 606-613 8352

Inovasi dan Harta Intelek

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.