Kit ujian pantas yang khusus dan mudah untuk pengesanan jantina dan varieti ikan Arowana (Scleropages formosus).
Masalah yang hendak diatasi
Penentuan jantina Arowana penting dalam mendapatkan hasil persenyawaan yang maksimum. Ini boleh dicapai dengan mempunyai nisbah induk jantan dan betina yang optimum di dalam kolam. Walaubagaimanapun, Arowana jantan dan betina sukar dibezakan dengan mata kasar. Penentuan jantina berdasarkan fenotip fizikal hanya sesuai untuk ikan yang matang (umur 3-4 tahun) dengan 50-60% ketepatan serta amat bergantung kepada pengalaman. Pengecaman jantina dengan kaedah biologi molekul lebih tepat (> 95%), namun memerlukan peralatan yang mahal serta berteknikal tinggi dan agak mengambil masa (2-3 hari).
Manfaat
Mesra pengguna, pantas (dalam 5 minit), portable, sesuai digunakan di lapangan;
Pegecaman khusus jantina Arowana di peringkat juvenil atau dewasa;
Tidak mencedera atau membunuh ikan yang diuji;
Pengesanan terus tanpa memerlukan alatan lain seperti alat Polymerase Chain Reaction;
85% tepat.
Inventor
Dr. Chew Poh Chiang, En. Zulkafli Rashid, Prof. Lee Yook Heng (UKM), En. Dedi Futra (UKM).
Nisbah pemilikan
50% (FRI, Jabatan Perikanan Malaysia): 50% (UKM).
Anugerah yang dimenangi
Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015 - Pingat Perak.