PUSAT PENYELIDIKAN MARIKULTUR LANGKAWI (PPL)

PUSAT PENYELIDIKAN MARIKULTUR LANGKAWI

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Marikultur Langkawi (PPL) terletak di Kompleks Perikanan Bukit Malut, Langkawi, Kedah. Pusat ini ditubuhkan pada 20 April 2015 dan dikenali sebagai Fisheries Research Institute Langkawi (FRI Langkawi) pada mulanya. Penubuhan pusat ini bertujuan untuk menyokong industri akuakultur dengan tumpuan kepada penyelidikan marikultur terutama spesies gamat dan rumpai laut. Pada tahun 2022, Pusat ini telah distruktur semula kepada PPL dan diletakkan di bawah pengurusan IPP Pulau Sayak, Kedah.

 

Peruntukan penyelidikan utama diperolehi daripada dana pembangunan Jabatan Perikanan. PPL Langkawi mempunyai tiga (3) unit iaitu Unit Gamat, Unit Rumpai Laut dan Unit Ikan Marin dengan dua (2) orang pegawai penyelidik dan lima (5) lima orang kakitangan sokongan.

 

Selain daripada aktiviti R&D, PPL banyak terlibat dengan aktiviti pemindahan teknologi kepada golongan sasar setempat dan sering menerima kunjungan pelawat dari pelbagai agensi berikutan lokasinya di pulau pelancongan yang terkenal di Malaysia.

slide2
slide3
slide4
slide5
slide6
slide7
slide8
slide9
slide10

Skop Penyelidikan Utama

Pembenihan dan ternakan gamat / timun laut (Holothuria sp. dan Stichopus sp.).

Pembenihan rumpai laut secara tisu kultur (Kappaphycus sp. dan Caulerpa sp.).

Ternakan ikan marin.

Kemudahan / Fasiliti

  • Hatcheri gamat.
  • Makmal kultur alga.
  • Makmal tisu kultur.
  • Makmal kualiti air.
  • Kolam konkrit asuhan / kajian (100 tan).

Pencapaian / Penemuan signifikan dalam 5 tahun kebelakang

Pembenihan dan asuhan bagi spesies gamat trepang (Holothuria scabra).

Pembenihan rumpai laut tambalang (Kappaphycus alvarezii) melalui kaedah tisu kultur.

IPP dan Pusat-Pusat Penyelidikan

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.