Latihan Industri

Permohonan Latihan Industri

Institut Penyelidikan Perikanan menawarkan latihan industri kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan / Swasta. Penempatan pelajar adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang pengajian dan kekosongan di IPP.

Dokumen yang Diperlukan:
  • Borang Permohonan Mengikuti Latihan Industri (Borang PMI/LI/KP.1/2023) pautan berikut; Borang Latihan Industri.
  • Surat permohonan menjalani Latihan Industri daripada IPT
  • Resume pelajar berserta dengan gambar pasport terkini
  • Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar) bagi latihan industri

Pelajar hendaklah mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui emel atau pos ke alamat seperti berikut:

Pengarah Kanan

Institut Penyelidikan Perikanan,
Batu Maung,
11960 Pulau Pinang
Tel: 04 – 626 3925

Faks: 04 – 626 2210

(u.p.: Puan Nor Asma binti Mohd Boniyamin)

 

Emel: fri_helpdesk@dof.gov.my
Cc Emel: norasma@dof.gov.my

Bidang Pengajian

Keutamaan bidang adalah seperti yang disenaraikan: –

  • Sains Perikanan
  • Sains Marin
  • Kejuruteraan
  • Alam Sekitar dan Biodiversiti
  • Sains Kimia
  • Sains & Teknologi Makanan
  • dan lain-lain bidang yang bersesuaian
Maklumat Tambahan
  • Permohonan hanya akan diproses dalam 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  • Jabatan Perikanan Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar yang diterima untuk menjalani latihan industri.
  • Jabatan Perikanan Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad.

Hubungi Kami

Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.