EcoCIM Feed – Formulasi Makanan Ikan Berasaskan Tepung Usus Ayam (MY-179558-A)
Formulasi makanan ikan keli yang berasaskan sisa daripada industri pemprosesan ayam khususnya usus ayam (yang dijadikan tepung). Formulasi ini dinamakan EcoCIM Feed.
Masalah yang hendak diatasi
Kenaikan harga tepung ikan yang merupakan sumber utama protein dalam formulasi makanan ikan memberi kesan langsung kepada kos operasi akuakultur. Dianggarkan 40-60% daripada kos pengeluaran ikan adalah daripada makanan ikan. Hampir semua bahan mentah utama dalam makanan ikan seperti tepung ikan, tepung kacang soya dan jagung diimport. Pada 2015, makanan haiwan menyumbang 30% (RM5.6 billion) daripada defisit import agro makanan negara. Penternak banyak menggunakan perut ayam segar yang tidak bersih dan boleh merosakkan alam sekitar.
Manfaat
Bekalan yang banyak boleh diperolehi daripada industri pemprosesan ayam;
Mesra alam sekitar, tidak mencemarkan air ternakan;
Lebih murah daripada penggunaan usus ayam segar;
Tiada kekotoran/bahan tidak bersih;
Mudah digunakan dan disimpan berbanding usus ayam segar.
Inventor
En. Hanan Mohd Yusof dan Tn. Hj. Rosly b. Hassan
Anugerah yang dimenangi
Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015-Pingat Perak.