10 – 12 November 2023 – Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

10 – 12 November 2023 – Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang telah berlangsung di Ipoh, Perak. IPP telah mengadakan pameran hasil R&D seperti penghasilan Moina higenik dan intensif, mesin penghasilan makanan ikan peringkat ladang (M-SPEX), Tangki Asuhan Terapung (TAT) tilapia, Break and Protect 2 (alat perangkap lintah), PrimeEZeat (makanan induk udang), dan makanan ikan keli berkos efektif dan mesra alam (EcoCIM Feed) serta menyampaikan taklimat berkaitan inovasi system asuhan ikan marin yang murah dan cekap (CENTS-RAS).

Antara keunikan penyertaan IPP dalam acara ini adalah penglibatan rakan kerjasama daripada pihak industri. Pameran inovasi PrimeEZeat (formulasi makanan basah induk udang yang higenik, mudah disimpan) misalnya turut disertai Syarikat Dr Mat Vet Sdn Bhd (DMV), pameran produk Break and Protect 2 turut disertai Syarikat 3 Little Fish Sdn Bhd dan AFT enterprise untuk produk M-SPEX.



Tawaran Kontrak/Sebutharga untuk tahun 2024 telah dibuka.